Monday, August 31, 2009

PENGENALAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ingin mengenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Dr. Mohamed Farook bin Raj Mohamed adalah seorang doktor perubatan. Saya juga mendapat latihan dibidang sains minda seperti Silva Mind Method (USA) dan dalam bidang saikoloji Neurolinguistik Programming (NLP).

Tahniah kerana anda memilih untuk membeli CD Minda Bawah Sedar. Anda telah membuat pilihan yang tepat kerana CD ini dapat menghasilkan kesan yang anda kehendaki dengan agak cepat secara berkekalan dan tanpa sebarang kesan sampingan. Anda juga dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu membeli CD Minda Bawah Sedar sekali sahaja . Ianya boleh digunakan berulangkali dan tidak perlu dibeli setiap bulan.

Terdapat tiga komponen dalam CD Minda Bawah sedar

1. Komponen Pertama: Apabila memasang CD Minda Bawah Sedar anda akan mendengar samada bunyi deruan ombak, bunyi airterjun dan burung ataupun bunyi muzik . Tujuan bunyi ini adalah untuk menenangkan minda anda.

2. Komponen Kedua: Terdapat pernyataan- pernyataan (afirmasi- afirmasi) yang sentiasa diulang-ulang. Anda tidak akan dapat mendengar pernyataan- pernyataan ini kerana ianya direkodkan menggunakan teknoloji yang canggih dan amat perlahan bunyinya . Jadi ia tidak dapat didengar oleh telinga kita. Walaubagaimanapun , minda bawah sedar kita yang amat hebat dapat mendengar pernyataan pernyataan ini. Minda Bawah Sedar akan berubah mengikut pernyataan yang didengar.Maka kesan yang dingini akan diperolehi dengan cepat dan berkekalan tanpa sebarang kesan sampingan.

Pernyataan - pernyataan ini berubah sesuai dengan tajuk CD Minda Bawah Sedar yang anda beli . Misalnya jika anda membeli CD Minda Bawah Sedar untuk menjadi kurus, pernyataan adalah sesuai untuk menghasilkan kesan supaya anda menjadi lebih kurus. Pernyataan - pernyataan inilah yang akan menghasilkan kesan yang kekal dalam minda bawah sedar anda.

3. Komponen ketiga: Komponen ketiga adalah satu jenis gelombang yang dihasilkan oleh CD Minda Bawah Sedar . Gelombang ini berfungsi untuk membuatkan Minda Bawah Sedar menjadi lebih terbuka untuk menerima pernyataan- pernyataan tadi. Jadi anda akan mendapat kesan yang lebih cepat. Komponen ketiga adalah unik untuk CD Minda Bawah Sedar yang anda beli dari kami.

No comments:

Post a Comment