Sunday, September 6, 2009

Penerangan Tentang Minda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum saya meneruskan penerangan tentang cara CD Minda Bawah Sedar bertindak, saya rasa kita perlu memahami lebih mendalam tentang Minda kita.

Minda kita boleh dibahagikan secara ringkasnya kepada tiga bahagian
a) Minda Sedar ( secara ringkasnya saya sebut sebagai MS selepas ini)
b) Minda Bawah Sedar ( secara ringkasnya saya sebut sebagai MBS selepas ini)
c) Penapis RAS (Reticular Activating System)

MINDA SEDAR (MS)
Fungsi Minda Sedar
1. Menjaga semua aktiviti sedar seperti makan dan memandu.

2. Menerima maklumat (input) dari lima deria iaitu mata, telinga, hidung, lidah dan kulit. Maklumat ini diproses dan dihantar kepada MBS.

3. Memproses maklumat yang diterima dari 5 deria dan maklumat yang tersimpan dalam MBS sebelum mengambil sebarang keputusan.

MINDA BAWAH SEDAR (MBS)
Fungsi Minda Bawah Sedar
1. Mengawal aktiviti yang berlaku secara otomatik seperti degupan jantung, pernafasan dan penghazaman.

2. Maklumat yang diterima dari lima deria akan diterima oleh MS , diproses oleh MS dan dihantar ke MBS. MBS menyimpan semua maklumat ini. Maklumat ini akan digunakan oleh MS semasa mengambil sebarang keputusan.

3. Sesuatu aktiviti yang dilakukan secara sedar dikawal oleh MS. Apabila aktiviti tersebut dilakukan berulangkali , ia akan diambil alih oleh MBS dan menjadi automatik.
Contoh
Bila memandu kereta, pada mulanya perlu berfikir apa yang perlu ditekan. Kemudian barulah kaki kiri akan menekan clutch dan tangan kiri akan masuk gear. Ini kerana aktiviti ini dikawal oleh Minda Sedar.
Selepas beberapa lama dan sudah biasa memandu, MBS mengambilalih aktiviti memandu dari kawalan MS. Anda tidak lagi perlu berfikir samada untuk menekan clutch, masuk gear dan sebagainya. Anda boleh memandu, memilih jalan yang betul , berhenti bila melihat lampu isyarat merah , boleh mengelak lubang dijalanraya dan boleh sampai kedestinasi tanpa banyak berfikir. Ini adalah kerana aktiviti memandu sudah diambil alih MBS.

4. MBS mempunyai beberapa ciri-ciri yang penting
a) Degil

b) Sukar Diubah

c) MBS adalah 7 kali lebih kuat dari MS

d) Tidak pernah berehat
MBS tidak pernah berehat sepanjang hidup kita sejak sebelum kita dilahirkan sehingga akhir hayat. Walaupun kita tidur, MBS akan terus bekerja untuk menjaga semua aktiviti automatik kita seperti degupan jantung, pernafasan dan penghazaman.

PENAPIS RAS
Penapis ini merupakan satu bahagian yang memisahkan MS dan MBS. Semua input yang diterima melalui 5 deria akan diterima oleh MS dan ditapis oleh Penapis RAS sebelum disalurkan kepada MBS . Jika input yang diterima oleh deria tadi bertentangan dengan maklumat yang disimpan oleh MBS (iaitu kepercayaan kita) , maka input tadi akan dihalang dari sampai kepada MBS. Jika input tadi selaras dengan apa yang tersimpan dalam MBS ( iaitu selaras dengan kepercayaan kita, maka input tadi akan sampai kepada MBS. Ini akan saya terangkan dalam blog mengenai tabiat dan kepercayaan. Anda juga boleh merujuk kepada penerangan mengenai Penapis RAS dalam blog saya http://drfarook.blogspot.com/

1 comment:

  1. macam mana nak dapatka cd ini ye? boleh hubungi saya di 0176558556

    ReplyDelete