Sunday, September 6, 2009

Tabiat dan Kepercayaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Satu lagi perkara yang perlu kita ketahui sebelum melihat bagaimana CD Minda Bawah Sedar ini bekerja adalah bagaimana tabiat dan kepercayaan ini terbentuk dalam minda kita. Tabiat dan kepercayaan ini disimpan dalam Minda Bawah Sedar kita. Ini serupalah seperti komputer yang menyimpan semua maklumat dalam 'hard disk'. Saya katakan dalam blog terdahulu semua input dari 5 deria kita akan diproses oleh MS dan disimpan dalam MBS. Maklumat inilah yang membentuk kepercayaan dan tabiat kita.



Pada usia 2 hingga 7 tahun, Penapis RAS kita belum berkembang. Jadi kanak- kanak pada usia ini akan menerima bulat- bulat apa yang mereka belajar. Ibubapa hendaklah berjaga-jaga tentang kelakuan dan percakapan mereka. Jika ayah atau abangnya suka merokok didepan kanak-kanak tersebut, maka merka akan menganggap merokok itu bagus, kerana ibubapa atau abang mereka merokok. Bila menjadi dewasa , maka kanak- kanak ini cenderung untuk merokok. Ini adalah kerana dalam MBS mereka sudah percaya bahawa merokok itu bagus.
Jika ibubapa sering bercerita tentang masalah kewangan didepan anak mereka pada usia ini, maka mereka akan dapat kepercayaan bahawa mencari duit adalah susah. Jika mereka banyak terdedah kepada iklan- iklan tentang makanan segera, mereka akan percaya bahawa makanan segera adalah bagus untuk mereka. Ini menyebabkan ramai kanak- kanak yang gemuk sekarang. Kanak-kanak yang gemuk ini akhirnya akan membesar menjadi orang dewasa yang gemuk kerana mereka percaya makanan segera adalah sedap dan selalu memakannya. Maka timbulah masalah kegemukan. Jadi pada usia 2 hingga 7 tahun , kanak - kanak banyak dipengaruhi oleh ibubapa, orang yang lebih tua seperti abang, kakak ,guru dan juga dipengaruhi oleh iklan seperti iklan di televisyen.

Pada usia 7 tahun sehingga menjadi remaja, pengaruh kawan- kawan sebaya menjadi semakin kuat. Jika ada kawannya yang mengatakan merokok atau menghisap dadah adalah bagus, maka remaja akan terus percaya dan mengikut nasihat kawannya tadi. Sebab itulah kebanyakan perokok dan penagih dadah akan mula merokok atau menagih dadah pada usia remaja. Pengaruh kawan menyebabkan terbentuklah kepercayaan yang salah contohnya merokok menunjukkan sifat kelakian (macho), merokok seronok dan sebagainya. Apabila kepercayaan ini sudah diterima oleh MBS maka amat sukar untuk menukar kepercayaan seperti merokok itu menyeronokkan dan sebagainya. Sebab itu amat susah untuk kebanyakan perokok untuk berhenti merokok. Kajian menunjukkan 97 peratus dari mereka yang berhenti merokok akan merokok kembali.

Remaja juga mungkin dipengaruhi kawan kawan dan mempercayai bahawa belajar itu membosankan, matapelajaran matematik susah, ponteng sekolah adalah bagus dan sebagainya. Walaupun kepercayaan ini adalah salah, amat sukar untuk mengubah kepercayaan ini kerana MBS adalah degil dan susah berubah. Sebab itulah program -program motivasi samada untuk kanak- kanak atau dewasa jarang sekali mempunyai kesan - kesan yang berpanjangan.

Dr. Mohamed Farook bin Raj Mohamed

No comments:

Post a Comment