Friday, December 18, 2009

Katalog

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat bertemu kembali. Saya ingin menerangkan dengan lebih mendalam bagaimana CD Minda Bawah Sedar berfungsi. Ini adalah supaya kita boleh memahami dengan lebih mendalam kelebihan CD Minda Bawah Sedar. Anda sudah tentu sedar sekarang bahawa kejayaan anda adalah bergantung hanya kepada diri anda sendiri . Kejayaan anda bergantung kepada corak minda dan pemikiran anda . Anda yang boleh menentukan kejayaan anda. Tiada kuasa luar yang mempengaruhi hidup anda kecuali tuhan (Allah) . Ini semua sudah saya terangkan dalam blog saya . http://drfarook.blogspot.com/ . Kita yang menentukan kejayaan kita. Ramai yang tidak menyedari fakta ini dan menyalahkan pengaruh luar seperti kemelesetan ekonomi , pergolakan politik, dan kenaikan harga minyak sebagai punca masalah mereka.

Saya akan menceritakan satu cerita .Pada satu ketika terdapat seorang pekebun muda yang menjaga sebuah pokok yang besar. Pada satu ketika , daun – daun pokok tersebut menjadi kuning. Pekebun muda tersebut mewarnakan semua daun menjadi hijau. Walaubagaimanapun, daun pokok luruh pada musim sejuk. Daun yang baru muncul tetapi masih menjadi kuning. Pekebun muda mewarnakan daun kuning menjadi hijau semula tetapi perkara yang sama berulang. Kemudian tiba seorang pekebun tua yang berpengalaman. Dia menasihatkan pekebun muda tadi supaya memeriksa akar pokok tersebut dan membubuh baja pada akarnya. Maka masalahnya dapat diselesaikan dengan senang.

Kebanyakan daripada kita sedang melakukan apa yang dilkukan oleh pekebun muda tadi. Kita sedang mewarnakan daun yang kuning supaya menjadi hijau. Sedangkan masalah adalah pada akar pokok tersebut.Dunia kita yang diluar mencerminkan dunia kita yang didalam kita. Bila kita menukar dunia kita yang didalam , maka dunia kita yang diluar akan bertukar sendiri atau dengan usaha kita yang sedikit.(rujuk blog nasihat yang sangat penting dalam blog http://drfarook.blogspot.com/ ). Walaubagaimanapun , jika anda hanya membaca sahaja blog tersebut atau menghadiri mana- mana kursus motivasi atau membaca buku motivasi, hidup anda tidak akan berubah. Blog ini, kursus motivasi atau buku – buku motivasi hanya akan memberi pengetahuan kepada anda. Kita perlulah mengambil tindakan untuk megubah dunia yang didalam kita , barulah kita dapat mengubah dunia luaran kita. Dalam cerita pekebun tadi, pekebun muda perlulah mengambil tindakan membubuh baja pada akar pokok tersebut. Jika dia hanya mendengar nasihat dari pekebun tua tadi tetapi tidak berbuat apa – apa, maka daun pokoknya akan masih kekuningan.

Mengambil tindakan untuk mengubah cara pemikiran kita memerlukan keazaman yang kuat. Dalam kebanyakan masa , perubahan yang berlaku mungkin tidak kekal. Satu kajian dilakukan keatas orang yang berhenti merokok dengan menggunakan keazaman yang tinggi tanpa sebarang bantuan . Didapati 97% daripada mereka mula merokok kembali. Hanya 3 % sahaja yang berhent merokok secara kekal.. Ini adalah kerana minda kita akan menentang perubahan. Apabila kesakitan yang dialami oleh minda untuk kekal dalam keadaan yang sama adalah lebih dari kesakitan untuk berubah, maka minda akan berubah. Jika anda melihat dalam kisah hidup orang orang sangat Berjaya, kebanyakan mereka akan mempunyai satu ketika dimana mereka mempunyai kesusahan yang amat sangat.Pada ketika itu, minda mengalami kesakitan yang amat sangat seperti kesedihan , ketakutan , kebimbangan kekecewaan dan kemarahan. Pada ketika ini minda akan cuba mencari jalan untuk berubah kerana tidak tahan dengan kesakitan.. Orang itu akan menukar cara berfikirnya ( dunia dalaman) dan seterusnya mencapai kejayaan yang luarbiasa. Ramai orang yang sangat berjaya termasuk pakar – pakar motivasi yang terkenal didunia jatuh ke dalam kategori ini.Contohnya Anthony Robbins yang sekarang ini pernah menjadi pakar motivasi beberapa presiden Amerika Syarikat pernah hidup dalam kemiskinan. Joe Vitale yang pernah disebut dalam buku dan DVD ‘ The Secret” pernah hidup di tepi jalan . Jerry Hicks yang juga disebut dalam buku dan DVD ‘ The Secret ‘ dan merupakan pengarang buku ‘ Ask and It Is Given ‘ yang begitu terkenal pernah hidup dalam sebuah kereta.Eckhart Tolle , pengarang buku ‘ The Power of Now ,yang juga sangat terkenal pernah menjadi seorang pengemis selama 2 tahun. Mereka mengalami kesakitan minda yang amat sangat sehingga minda mereka berubah (dunia dalaman mereka berubah)Sekarang semua mereka sudah menjadi jutawan. Masalah yang seseorang hadapi boleh jadi dalam bentuk masalah kewangan, kesihatan , hubungan atau seringkali gabungan dua atau ketiga – tiga masalah tersebut. Saya akan menerangkan kemudian kenapa minda sukar untuk berubah dan kenapa kita memerlukan keazaman yang kuat untuk berubah.

Bagaimana dengan mereka yang mempunyai masalah tetapi masalah tersebut tidak cukup besar untuk memaksa orang itu untuk mengubah cara pemikirannya? Terdapat juga orang yang tidak akan mengubah cara berfikirnya walaupun mengalami masalah yang besar. Mereka akan terus merana kerana tidak tahu bagaimana hendak merubah cara pemikiran mereka. Bagaimana kita boleh membantu golongan ini supaya dapat berubah? Bagaimana kita boleh membantu golongan yang sedang dalam proses mengubah cara pemikiran mereka supaya mereka boleh mengubah cara pemikiran dengan cepat dan mengurangkan penderitaan mereka.?.

Untuk menjawab soalan ini, saya telah mengkaji beberapa cara termasuk meditasi, NLP ( neurolinguistikprogramming) dan afirmasi. Semua teknik adalah bagus tetapi kurang sesuai untuk menghasilkan perubahan minda. Keazaman yang kuat juga diperlukan untuk mengamalkan teknik ini setiap hari.
.
CD Minda Bawah Sedar merupakan teknik terbaik untuk menukar cara pemikiran kita tanpa memerlukan keazaman yang kuat. Anda masih memerlukan keazaman sedikit . Pertama sekali anda mestilah ada kemahuan untuk mengubah hidup anda. Kedua anda perlu ada keazaman untuk mendengar CD Minda Bawah Sedar ini . Itu sahaja apa yang perlu anda lakukan. Jika anda hendakkan perubahan dalam hidup anda, saya pasti anda mempunyai cukup keazaman untuk mendengar CD Minda Bawah Sedar setiap hari. Itu sahaja yang anda perlu lakukan setiap hari untuk membawa perubahan yang besar kedalam hidup anda.Anda tidak perlu meluangkan masa untuk mendengar CD Minda Bawah Sedar ini. Anda boleh memainkan CD Minda Bawah Sedar dan terus melakukani.kerja pejabat atau kerja rumah anda. Malahan anda boleh tidur semasa CD Minda Bawah Sedar ini dimainkan.Inilah peluang anda untuk menghasilkan perubahan dalam hidup anda walaupun semasa anda sedang tidur. Ini boleh dilakukan kerana Minda Bawah Sedar masih berjaga walaupun semasa anda sedang tidur.Saya akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang ini..

MINDA
Minda kita boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama
1) Minda Sedar (MS)
2) Minda Bawah Sedar (MBS)

Kedua dua bahagian MS dan MBS dipisahkan oleh sebuah penapis yang dipanggil Reticular Endothelial System.( saya panggil sebagai penapis selepas ini)

FUNGSI MINDA SEDAR (MS)
Melakukan fungsi dalam keadaan sedar seperti makan dan memandu.

Menerima input dari 5 deria iaitu mata , hidung, telinga kulit dan lidah. Input ini akan diproses dan dihantar ke Minda Bawah Sedar (MBS) dimana ia akan disimpan dalam bentuk ingatan. Walaubagaimanapun input ini akan ditapis dahulu oleh penapis RES. Input yang bertentangan dengan kepercayaan orang itu akan ditapis dari sampai kepada MBS ( rujuk blogspot http://drfarook.blogspot.com/ bahagian blog Penapis RES ).


Mengambil keputusan berdasarkan informasi yang dibekalkan oleh Minda Bawah Sedar (.MBS )

MINDA BAWAH SEDAR (MBS)
Mengawal semua aktiviti badan yang otomatik seperti mengawal degupan jantung , mengawal pernafasan dan penghazaman . Inilah sebabnya kenapa MBS kita tidak boleh berehat walaupun kita sedang tidur.

Semua input yang diterima oleh Minda Sedar (MS) akan ditapis mengikut system kepercayaan kita dan disimpan dalam Minda Bawah Sedar (MBS) sebagai ingatan dan pengetahuan kita. .

Pada mulanya aktiviti yang dilakukan secara sedar akan dikawal oleh MS. Lama- kelamaan apabila aktiviti ini diulang berulangkali, maka aktiviti ini akan diambil oleh MBS. Contohnya , bila anda belajar memandu kereta. Anda mungkin perlu mencari ‘clutch’ , miknyak dan brek secara sedar.Lama kelamaan , apabila anda sudah biasa memandu Minda Bawah Sedar akan mengambil alih aktiviti memandu. Bila anda hendak memasukkan gear, kaki kiri akan menekan ‘clutch’ Bila kaki kanan anda sudah mula menekan minyak, kaki kiri akan mula melepaskan ‘clutch’. Bila ternampak lampu merah, secara otomatik kaki kanan akan menekan brek. Semua ini berlaku sendiri tanpa anda perlu berfikir kerana ia sudah mula dikawal oleh MBS..

Minda Bawah Sedar mempunyai beberapa kriteria


a) DEGIL
b) SUKAR BERUBAH
c) 7 KALI LEBIH KUAT DARI MINDA SEDAR
Minda Bawah Sedar adalah seperti seorang kanak – kanak yang berumur 3 tahun.

Katakan seoang membuat keputusan untuk berhenti merokok. Keputusan untuk berhenti merokok dibuat oleh minda sedar. Walaubagaimanapun , Minda Bawah Sedar yang degil dan sukar berubah akan menentang perubahan. Minda Bawah Sedar yang percaya bawah merokok adalah baik dan mahu meneruskan merokok . ( lihat topic mengenai kepercayaan dibawah) Oleh kerana Minda Bawah Sedar adalah 7 kali lebih kuat dari Minda Sedar , anda memerlukan keazaman yang kuat untuk berhenti merokok atau melakukan apa sahaja perubahan yang anda idamkan. Tambahan pula, penapis RES akan menapis semua input yang bertentangan kepercayaan yang sedia ada.

JANGAN TAKUT KEPADA KEHIDUPAN.

PERCAYALAH BAHAWA HIDUP ANDA ADALAH SESUATU YANG BERNILAI TINGGI

KEPERCAYAN ANDA AKAN MEMBUAT APA YANG ANDA PERCAYA MENJADI KENYATAAN
William James
(Psikologis)

SISTEM KEPERCAYAAN
Bagaimanakah system kepercayaan terbentuk? Semasa baru lahir , kita belum mempunyai satu system kepercayaan lagi. Pada umur 2 tahun, kita mula memerhatikan orang lain terutamanya ibubapa dan guru kita.Apa sahaja yang kita perhatikan menjadi sIstem kepercayaan kita.Input yang kita terima melalui 5 deria kita menjadi sIstem kepercayaan kita. Jika ibubapa merokok , minum minuman keras atau mengambil dadah , maka anaknya akan percaya bahawa merokok, minum minuman keras atau mengambil dadah adalah bagus. Maka anak itu juga akan cenderung untuk menjadi seorang perokok, peminum arak atau penagih dadah.. Jika ibubapa mengatakan bahawa anaknya adalah bodoh , maka anak tersebut akan percaya bahawa dirinya adalah bodoh. Maka anak itu akhirnya akan menjadi bodoh walaupun pada asalnya ia adalah seorang yang cerdik.Jika ibubapa sentiasa membincangkan masalah kewangan didepan anak meeka, maka anak itu akan percaya bahawa duit memang sukar diperolehi.

Dari umur 2 hingga 7 tahun , penapis RES belum terbentuk. Maka Minda Bawah Sedar akan menerima semua input yang diterima dan menukarnya menjadi system kepercayaan tanpa mengira input itu betul atau tidak. Sebab inilah orang dewasa perlu berjaga – jaga tentang apa yang dilakukan dan dibincangkan didepan kanak – kanak terutamanya yang berumur 2 hingga 7 tahun. Semua yang kita lakukan dan bincangkan , tak kira betul atau salah akan menjadi sistem kepercayaannya.

Beginilah sistem kepercayaan kita terbentuk. Apabila sesuatu perkara itu sudah menjadi kepercayaan kita, ia akan menjadi sangat sukar untuk mengubahnya tak kira samada kepercayaan itu betul atau tidak.

Sebagai contoh saya mengenali seorang yang percaya bahawa semua orang kaya mempunyai masalah keluarga. Kita memang tahu bahawa kepercayaan ini tidak benar. Terdapat ramai orang kaya yang mempunyai kehidupan berkeluarga yang bahagia. Semasa kanak – kanak dia mempunyai seorang jiran yang kaya tetapi mempunyai masalah keluarga. Dari situ dia membentuk kepercayaaan bahawa semua orang kaya mempunyai masalah keluarga. Mengikut Hukum Tarikan , dia akan menarik lebih ramai orang kaya yang mempunyai masalah keluarga kedalam hidupnya. Walaupun dia menjumpai seorang kaya yang mempunyai kehidupan berkeluarga yang bahagia, input ini akan ditapis dari sampai kepada Minda Bawah Sedarnya oleh pnapis RES.Jadi kepercayaannya akan menjadi lebih kuat. Dia mungkin berusaha dengan gigih untuk menjadi kaya tanpa mnyedari tentang kepercayaannya ( bahawa semua orang kaya mempunyai masalah keluarga) kerana kepercayaan ini terdapat dalam Minda Bawah Sedar.Minda Bawah Sedarnya pula tidak mahu menjadi kaya kerana takut apabla menjadi kaya ia sudah tentu akan mempunyai masalah keluarga.Setiap kali dia berusaha menjadi kaya , dia akan gagal. Mungkin terdapat factor luaran yang nampaknya seperti menggagalkan rancangannya untuk menjadi kaya seperti tidak boleh mendapat pinjaman bank dan kemelesetan ekonomi. Punca sebenar kegagalannya adalah kepercayaannya tadi.( rujuk blog nasihat paling penting blog http://drfarook.blogspot.com/ ) . Dia mungkin seorang yang berkebolehan , berpelajaran tinggi, berkemahiran tinggi mempunyai modal dan berusaha dengan cekal untuk berjaya. Walaubagaimanapun dia tidak akan Berjaya selagi kepercayaannya tadi tidak diubah.

KEPERCAYAAN MENGOKONG
Kepercayaan mengokong adalah kepercayaan yang salah yang mengongkong kejayaan kita
Contoh
1) Adalah susah untuk mencari duit
2) Duit adalah jahat
3) Orang kaya adalah tamak
4) Orang kaya adalah jahat.
Saya akan menjadi jahat jika saya menjadi kaya.
Saya adalah seorang yang baik . Saya tidak boleh menjadi kaya . Jika saya menjadi kaya , saya akan menjadi jahat
5) Anda tidak bo;leh menjadi kaya jika tidak menipu.
Saya seorang yang baik. Oleh itu saya tidak boleh menipu. Oleh kerana saya tidak boleh menipu , saya tidak boleh menjadi kaya.
6) Saya tidak pandai berniaga.
7) Kita tidak boleh Berjaya dalam perniagaan tanpa kontak
Saya tidak mempunyai kontak , jadi saya tidak boleh Berjaya dalam perniagaan.
8) Kita tidak boleh Berjaya tanpa pelajaran yang tinggi.
Saya tidak mempunyai pendidikan yang tinggi , jadi saya tidak boleh menjadi kaya..

Terdapat banyak lagcontoh yang sedemikian

Seperti yang anda boleh lihat, semua kepercayaan ini adalah silap. WALAUBAGAIMANAPUN, SETIAP KEPERCAYAAN ANDA TAK KIRA BETUL ATAU TIDAK ,AKAN MENJADI KENYATAAN UNTUK ANDA
Jika anda mempunyai satu kepercayaan mengongkong , anda tidak boleh Berjaya selagi kepercayaan yang mengongkong tadi diubah.

Terdapat kaedah untuk membuang kepercayaan yang mengongkong seperti afirmasi. Masalahnya kita susah untuk mengenalpasti semua kepercayaan mengongkong kita.Anda juga memerlukan keazaman yang kuat kerana anda akan memaksa Minda Sedar menukar Minda Bawah Sedar. Ini adalah agak sukar kerana Minda Bawah Sedar adalah 7 kali lebih kuat dari Minda Bawah Sedar, degil dan sukar berubah. Jadi keazaman yang kuat diperlukan untuk menyebut afirmasi berulang – ulang setiap hari sehingga perubahan dihasilkan.Cuma 3 % sahaja yang mampu berbuat demiikian.

Malangnya , hampir semua dari kita ( kecuali 3% dari penduduk dunia yang memiliki 97 % kekayaan dunia seperti Bill Gates dan Warren Buffet) mempunyai kepercayaan mengongkong yang kita tidak sedari kerana terdapat dalam Minda Bawah Sedar.Bagaimanakah kita boleh membuang kepercayaan mengongkong bila kita langsung tidak mengenalinya?

Satu satunya caranya adalah dengan menggunakan CD Minda Bawah Sedar.Dengan bantuan tuhan , saya mendapat satu cara untuk membuang semua kepercayaan mengongkong walaupun kita tidak tahu apakan kepercayaan mengongkong tersebut.Contohnya CD Minda Bawah Sedar Usahawan akan membuang semua kepercayaan mengongkong berkaitan dengan duit dan perniagaan.

CD MINDA BAWAH SEDAR

Anda tentu hendak mengetahui bagaimana hendak menggunakan CD ini

Cara Penggunaan CD Minda Bawah Sedar
Anda hanya perlu memainkan CD Minda Bawah Sedar menggunakan pemain CD. Anda tidak perlu menggunakan ‘headphone’. Anda juga tidak perlu menumpukan perhatian kepada CD ini. Anda boleh membuat kerja rumah atau kerja pejabat sambil mendengar CD Minda Bawah Sedar. Malahan anda boleh memasang CD ini sebelum tidur. Minda Bawah Sedar anda masih berjaga semasa anda tidur. .

Cara CD Minda Bawah Sedar Bekerja
Terdapat 3 komponen dalam CD Minda Bawah Sedar yang anda beli dari kami
a) Komponen Pertama
Muzik latarbelakan dalam bentuk airterjun dan burung berkicauan atau deruan ombak. Ini adalah bertujuan untuk menenangkan minda anda. Muzik latarbelakang ini agak sama dalam kebanyakan CD Minda Bawah Sedar. Cuma komponen kedua ( afirmasi ) yang berbeza – beza.

b) Komponen kedua
Ini adalah bahagian CD Minda Bawah Sedar yang paling penting. Minda Bawah Sedar kita adalah sangat cekap dan mendengar suara yang sangat perlahan yang tidak boleh didengar oleh telinga kita.Malahan bunyi sebuah jarum yang jatuh pun boleh didengar oleh Minda Bawah Sedar. Dalam CD Minda Bawah Sedar ada afirmasi – afirmasi yang direkodkan dengan sangat perlahan dan tidak boleh didengar oleh telinga kita. Afirmasi ini akan ditangkap oleh Minda Bawah Sedar kita. Oleh kerana afirmasi ini tidak didengar oleh telinga, maka ia tidak dapat ditapis oleh penapis minda. Afirmasi ini akan terus sampai dan memberi kesan yang mendalam kepada Minda Bawah Sedar.. Afimasi ini juga berubah dari satu CD ke CD Minda Bawah Sedar yang lain. CD Minda Bawah Sedar untuk kurus akan mempunyai afirmasi untuk kurus, CD Minda Bawah Sedar untuk Minda Positif akan mempunyai afirmasi yang sesuai untuk Usahawan dan seterusnya. Afirmasi ini akan menukar Minda Bawah Sedar supaya kita mempunyai sifat yang perlu untuk menjana kejayaan dan membuang semua kepercayaan yang mengongkong kita..

c)Komponen ketiga
Ini merupakan gelombang pada satu frekuensi tertentu yang menyebabkan Minda Bawah Sedar menjadi lebih terbuka untuk menerima perubahan. Gelombang ini akan menyebabkan kita mengantuk. Jadi elakkan mendengar CD Minda Bawah Sedar semasa memandu. Komponen ketiga ini juga adalah unik untuk CD Minda Bawah Sedar yang anda beli dari kami. Komponen ini yang menghasilkan perubahan dengan cepat. .

PERHATIAN
1. Anda boleh mendengar CD Subliminal semasa anda sedang membuat kerja rumah atau pejabat.Juga boleh didengar semasa tidur dan mendapat kesan yang semasa. Ini adalah kerana semasa tidur Minda Bawah Sedar anda masih berjaga..

a. Anda tidak memerlukan set pendengar kepala ( ‘ headset’). Jika anda hendak menggunakan headset pun boleh.Kesannya masih sama atau lebih berkesan.

b. Anda mungkin terjumpa CD yang mempunyai muzik latarbelakang yang sama seperti yang anda dengar dalam CD Minda Bawah Sedar. Ini hanyalah CD biasa tanpa dua lagi komponen iaitu komponen ke2 dan ke3. CD ini tidak menghasilkan kesan keatas Minda Bawah Sedar seperti yang anda akan perolehi dari CD Minda Bawah Sedar

c. Sebaik – baiknya , anda perlulah mendengar CD Minda Bawah Sedar sejam setiap hari. Jika ada hari yang anda tidak boleh dengar, maka tidak mengapa. Tetapi cubalah dengar sekurang – kurangnya 1 jam setiap hari. Jika anda mendengar lebih dari satu jam sehari juga tidak mengapa. Lebih kerap anda mendengarnya , lebih cepat kesan yang anda perolehi. Pastikan anda mendengarnya sejam sekurang – kurangnya setiap hari. Mendengar setiap hari adalah lebih baik dari kadang – kadang mendengarnya berjam – jam kemudian langsung tidak mendengarnya .

d. Anda mungkin mengalami sakit kepala sedikit apabila anda mula mendengar CD Minda Bawah Sedar. Jangan risau. Ini adalah rintangan dari Minda Bawah Sedar anda yang tidak mahu berubah. Pada pengalaman saya, sakit kepala ini akan ada selama 3 hari atau kurang. Selepas sakit kepala ini hilang , anda akan nampak perubahan yang ketara dalam hidup anda.Anda boleh mengambil ubat penahan sakit seperti Panadol asalkan tidak melebihi dos yang dibenarkan..

e. Pada kebanyakan masa, anda akan menghadapi halangan apabila cuba membeli dan mendengar CD Minda Bawah Sedar. Anda perlulah sedar bahawa Minda Bawah Sedar anda adalah amat berkuasa .Minda Bawah Sedar akan cuba menghalang anda dari membeli dan mendengar CD Minda Bawah Sedar. Contohnya jika anda percaya bahawa sukar untuk menjadi kurus , maka kepercayaan ini akan menghalang anda dari membeli dan mendengar CD Minda Bawah Sedar untuk kurus.Anda mestilah berusaha untuk membeli dan seterusnya mendengar CD tersebut, Selepas anda membeli CD Minda Bawah Sedar pun anda akan menghadapi halangan untk mendengar CD tersebut. Anda perlulah mempunyai keazaman yang kuat untuk mendengarnya setiap hari. Jika anda tidak mempunyai keazaman untuk mendengar CD Minda Bawah Sedar, maka anda tidak akan mempunyai cukup keazaman untuk mengamalkan teknik - teknik lain untuk mengubah diri anda.dan kepercayaan yang mengongkong anda seperti melakukan afirmasi. Contoh halangan (alasan)yang saya pernah dengar adalah

i) Saya tidak mempunyai masa untuk mendengarnya. ( Ini tidak boleh saya terima kerana CD Minda Bawah Sedar boleh didengar semasa bekerja atau tidur)

.
ii) Saya tidak tahu kenapa tetapi tiba – tiba ayah saya berminat hendak mendengar CD . Jadi dia telah meminjam pemain CD saya. Saya tidak dapat mendengar CD Minda Bawah Sedar saya.
.
iii) Anak saya sedang belajar di sebuah kolej 300 kilometer jauhnya dari rumah saya. Dia berada dirumah ketika saya membeli CD Minda Bawah Sedar .Bila dia kembali kekolej , dia secara tidak sengaja telah membawa CD tersebut kembali kekolej. Saya tidak dapat mendengar CD tersebut sekarang
.
iv) Pemain CD saya baru sahaja rosak minggu lepas. Jadi saya tidak dapat membeli CD Minda Bawah Sedar.

Ini semua adalah usaha Minda Bawah sedar khasnya kepercayaan mengongkong anda yang cuba menghalang anda dari mendengar CD Minda Bawah Sedar. Anda mestilah berusaha kuat untuk membeli dan seterusnya mendengar CD Minda Bawah Sedar jika anda hendak menukar hidup anda.
.

f. Amaran : Jangan cuba membuat salinan CD Minda Bawah Sedar
Bila anda membuat salinan CD Minda Bawah Sedar, anda hanya dapat membuat salinan komponen pertama ( muzik latarbelakan) . Komponen kedua (afirmasi) dan komponen kedua (gelombang) mungkin berubah . Anda tidak dapat mengesan perubahan ini kerana anda tidak dapat mendengar dua komponen ini.. Jika anda menyalin juga CD Minda Bawah sedar , dikhuatiri akan memudaratkan minda anda bila mendengar CD yang sudah berubah (rosak). Rakaman afirmasi yang asal dibuat diMalaysia dan kemudian dihantar Amerika Syarikat . Satu teknoloji khas digunakan supaya anda tidak mendengar afirmasi dan gelombang dengan frekuensi tertentu ditambah. Maka terbentuklah CD Minda Bawah Sedar yang anda dengar . Sebab itulah saya menasihatkan anda supaya tidak menyalin CD Minda Bawah Sedar.

Saya harap anda tidak akan menyia - nyiakan peluang keemasan ini untuk mengubah nasib anda. Belilah CD Minda Bawah Sedar dan ubahlah kehidupan anda.

JIKA ANDA MEMBUT PERKARA YANG SAMA SETIAP HARI

ANDA AKAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG SAMA SETIAP HARI

Albert Einstein

Maksud Einstein adalah jika anda mahukan perubahan dalam hidup anda, maka anda perlulah menukar bentuk usaha yang anda lakukan sekarang. Barulah perubahan akan muncul dalam hidup anda. Selama ini mungkin anda sudah membuat berbagai - bagai usaha tetapi belum berjaya. Maka kini ubahlah dunia dalaman anda dengan CD Minda Bawah Sedar dan lihatlah hasilnya.


Sekian Terimakasih
Dr Mohamed Farook

No comments:

Post a Comment