Friday, January 8, 2010

Maklumat Produk

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berikut merupakan maklumat tentang CD Minda Bawah Sedar
1.KARIER
A. CD USAHAWAN
Sesuai untuk semua jenis usahawan samada berniaga – secara kecil – kecilan atau peniaga dalam skala besar . Sesuai untuk semua bidang termasuk golongan professional yang bekerja sendiri, penjaja ,orang yang memberi perkhidmatan (seperti tukang jahit atau tukang gunting) atau membuka kedai atau mempunyai kilang sendiri. Asalkan sahaja berniaga , CD Minda Bawah Sedar Usahawan amatlah berkesan.

Ini tidaklah bermakna golongan yang bukan usahawan tidak boleh mendengar CD ini. Golongan bukan usahawan masih mendapat menafaat walaupun tidak sebanyak yang diperolehi oleh golongan usahawan. Jika golongan bukan usahawan mendengar CD Usahawan dan kemudiannya menceburi bidang perniagaan, maka mereka akan menjadi peniaga yang berjaya ( insya Allah). Mereka yang ingin berniaga juga boleh mendengar CD Usahawan dan mereka akan mendapat peluang dan keyakinan untuk berniaga. (insya Allah)

Terdapat seorang peniaga yang selalu mendengar CD Usahawan ini bersama isterinya seorang surirumah dan anaknya . (berumur 5 tahun). Peniaga ini sudah pun mendapat berbagai peluang perniagaan (insya Allah) selepas mendengar CD ini. Apa yang menggembirakan peniaga ini adalah , isterinya yang dulunya dulunya tidak mengambil tahu tentang perniagaannya sekarang sudah menunjukkan minat terhadap perniagaannya Anaknya pula jika menceburi bidang perniagaan bila dewasa kelak akan menjadi Usahawan yang hebat .(insya Allah)

Kelebihan CD Usahawan
1. Pelanggan semakin ramai
2. Pelanggan akan mencari anda
3. Penerangan anda akan mudah difahami pelanggan
4. Anda boleh memberikan penerangan dengan baik mengenai produk anda
5. Anda akan sentiasa ceria .
6. Perniagaan anda semakin maju.
7. Perkara yang anda perlukan untuk memajukan perniagaan anda akan diperolehi asalkan anda berusaha sedikit. Misalnya jika anda memerlukan modal tambahan atau lebih ramai pekerja untuk memajukan perniagaan anda maka anda akan memperolehinya. ( insya Allah)

B. GURU CEMERLANG
CD Minda Bawah Sedar Guru Cemerlang adalah sesuai untuk semua golongan guru tak kira mengajar di tadika , sekolah atau pensyarah di kolej atau universiti ataupun mengajar disekolah vokasional. Juga sesuai untuk orang yang banyak mengendalikan kursus kerana mereka juga merupakan orang yang mengajar sesuatu kepada peserta kursus.

Kelebihan CD Guru Cemerlang
1.Guru akan rasa seronok apabila mengajar.
2.Murid murid akan mudah memahami apa yang diajar
3.Murid – murid akan sentiasa berdisiplin
4.Murid – murid akan memberi perhatian apabila guru mengajar
5.Guru akan rasa ceria
6.Guru akan berfikiran positif

Guru yang dimaksudkan adalah guru yang mendengar CD Guru cemerlang.
Murid murid guru tersebut juga akan mendapat kesan positif dari CD tersebut. Ini adalah kerana minda guru tersebut akan mempengaruhi murid – muridnya.

2. KESIHATAN
A.KURUS
Sesuai untuk mereka yang mempunyai keinginan untuk menjadi kurus

Kelebihan CD Kurus
. Pendengar akan
1. Suka bersenam
2.. Sentiasa rasa kenyang
3. Suka makan sayur dan buah – buahan
4. Badan akan membakar lemak berlebihan.
Seterusnya badan akan menjadi kurus secara semulajadi. Semua ini akan berlaku secara sendiri dan tidak memerlukan sebarang usaha dari pendengar. Pendengar mestilah ada keinginan untuk menjadi kurus dan selalu mendengar CD Kurus .


B. HENTI ROKOK
Sesuai untuk mereka yang mempunyai keinginan untuk berhenti merokok.

Kelebihan CD Henti Rokok
Pendengar akan rasa
1. Benci merokok
2. Tidak tahan bau rokok
3. Tidak mahu merokok


C.KANSER
Perhatian
CD Minda Bawah Sedar untuk pesakit kanser BUKAN pengganti rawatan doctor. Sebarang rawatan doctor mestilah diteruskan. CD Minda Bawah Sedar Kanser mestilah digunakan serentak dengan rawatan doktor.

CD Minda Bawah Sedar terdapat dalam dua versi iaitu a) versi dewasa
b) Versi kanak – kanak
Terdapat segelintir kanak – kanak terutamanya yang kanak – kanak yang sakit yang akan mengalami sakit kepala yang kuat apabila mereka mendengar sebarang CD Minda Bawah Sedar . Ini disebabkan komponen ketiga dalam CD Minda Bawah Sedar iaitu gelombang dengan frekuensi tertentu tidak sesuai untuk setengah kanak- kanak. Untuk mengatasi masalah ini, CD Minda Bawah Sedar kanser versi kanak – kanak disediakan . CD Minda Bawah sedar versi kanak – kanak ini sama dengan CD Minda Bawah Sedar kanser versi dewasa. Cuma bezanya tiada gelombang dengan frekuensi tertentu. Keberkesanannya memanglah agak lambat sedikit berbanding dengan CD Minda Bawah Sedar versi dewasa.Jika kanak – kanak tersebut boleh mendengar CD Minda Bawah Sedar versi dewasa dan tidak mengalami sakit kepala yang kuat, maka lebih baik dia mendengar CD Minda Bawah Sedar kanser versi dewasa


3.UMUM
A. MINDA POSITIF
CD Minda Bawah Sedar Minda Positif boleh digunakan oleh semua orang . Bagi golongan peniaga , CD Usahawan adalah lebih sesuai.Ini tidaklah bermakna golongan Usahawan tidak boleh mendengar CD Minda Positif. Katakan isteri yang bekerja telah membeli CD Minda Positif dan suami pula seorang peniaga. Maka suami yang berniaga boleh sama – sama mendengar CD Minda Positif bersama isteri. Kemudian bila sudah melihat kesannya bolehlah suami membeli CD Usahawan.

Kelebihan CD Minda Positif
1.Berfikiran Positif
2.Sentiasa Ceria
3.Sentiasa menumpukan perhatian pada perkara yang positif dalam kehidupan

Sifat - sifat ini serta banyak lagi perubahan pada pendengar akan menghasilkan kejayaan dalam semua bidang seperti kewangan , hubungan dan kesihatan.(insya allah)


B.EMOSI DAN MINDA POSITIF
CD Minda Bawah Sedar Emosi Positif ini adalah CD yang sesuai didengar selepas mendengar CD Usahawan atau Cd Minda Positif. Ini adalah kerana terdapat banyak afirmasi dalam CD Emosi dan Minda Positif ini. Minda Bawah Sedar akan cuba melawan dan mengakibatkan sakit kepala yang kuat jika anda mendengar terus CD Emosi dan Minda Positif. Sebaliknya jika anda sudah mendengar CD Usahawan atau CD Minda Positif , maka banyak perubahan positif sudah pun berlaku dalam Minda Bawah Sedar . Bila anda mendengar CD Emosi dan Minda Posiif pula lebih banyak perubahan akan berlaku tetapi kesan sakit kepalanya akan berkurangan kerana sudah mendengar CD Usahawan atau CD Minda positif terlebih dahulu. Sebagai contoh , seorang yang belajar memandu motosikal eloklah mula belajar dengan motosikal yang kecil.Jika jatuh pun lukanya mungkin tidak teruk. Bila sudah biasa barulah memandu motosikal besar. Oleh kerana dia sudah biasa memandu motosikal kecil, maka dia lebih senang memandu motosikal besar. Jika dia belajar memandu motosikal dengan menggunakan motosikal yang besar, maka jika dia jatuh maka lukanya juga besar.

Walaupun anda sudah mendengar CD Usahawan atau Minda Positif, akan ada sebahagian yang mengalami kesan emosi apabila mendengar CD Emosi dan Minda Positif. Emosi anda tersusun berlapis lapis seperti kulit bawang. CD Emosi dan Minda Positif ini disamping menukar minda menjadi positif akan mengeluarkan semua emosi negative anda dan seterusnya menghilangkannya.

Katakan semasa kecil anda kehilangan datuk atau nenek kesayangan. Anda mungkin sangat sedih dan menangis semasa kehilangannya. Sekarang anda mungkin sudah tidak ingat lagi perkara tesebut. Tetapi ingatan dan emosi negative yang berkaitan dengan kehilangan tersebut masih ada dalam Minda Bawah Sedar anda. Ini akan menghasilkan getaran negative dan menyebabkan banyak masalah dalam hidup anda sekarang. Begitu juga mungkin banyak peristiwa negative seperti anda marah pada seseorang , anda kena buli dan banyak lagi peristiwa negative tersimpan dalam Minda Bawah Sedar anda . Peristiwa negative ini akan menghasilkan getaran negative dan mengundang banyak masalah dalam hidup anda sekarang. Semua ingatan negative ini tersusun berlapis lapis seperti kulit bawang dalam Minda Bawah Sedar anda.Ingatan yang terkini adalah lapisan teratas dan ingatan yang paling awal ( semasa zaman kanak – kanak ) adalah lapisan paling dalam.

CD Emosi dan Minda Positif akan membebaskan semua emosi negative anda .dari Minda Bawah Sedar anda satu persatu. Lapisan yang paling atas ( iaitu emosi negative yang terkini) akan dibebaskan dahulu.Mungkin Minda Bawah Sedar tidak mahu melepaskan emosi negative tersebut. Maka anda akan menghadapi masalah seperti sakit kepala . Makanlah panadol ( tanpa melebihi hadnya) dan dengarlah CD Emosi Dan Minda Positif pada masa yang lain atau esoknya. Apabila emosi itu sudah dibebaskan, maka CD Emosi dan Minda Positif akan bertindak keatas emosi negative yang seterusnya. Jika Emosi yang seterusnya adalah emosi negative yang kuat maka anda akan mengalami emosi tersebut. Jika emosi adalah kesedihan , maka anda mungkin akan mungkin menangis teresak – esak. Jika emosi negative adalah kemarahan , anda mungkin rasa marah. Anda mungkin akan rasa marah atau menangis bila mendengar CD Emosi dan Minda Positif tetapi tidak mengetahui kenapa anda rasa marah atau sedih. Biarkan sahaja. Teruskan mendengar pada masa lain atau keesokan harinya. Emosi negative ini akan hilang dan emosi negative lain akan munculnya. Jika ia tidak begitu kuat, maka anda akan tidak merasa apa- apa.Anda tidak akan melupakan sebarang peristiwa yang anda ingat. Anda cuma menghilangkan emosi negative yang berkaitan dengan peristiwa tersebut. Contohnya jika anda pernah kehilangan seorang yang tersayang , selepas anda mendengar CD Emosi dan Minda Positif anda masih ingat peristiwa kehilangan tersebut. Cuma anda tidak begitu sedih bila teringat peristiwa tersebut.Lebih elok anda jangan mendengar CD Emosi dan Minda Positif jika anda berseorangan. Selepas semua emosi negative anda hilang, maka anda akan menjadi ceria dan semakin Berjaya dalam hidup anda. Semua usaha anda akan mencapai kejayan dalam semua bidang seperti kewangan, kesihatan dan hubungan kekeluargaan. (insya Allah)

Kelebihan Cd Emosi dan Minda Positif
1.Berfikiran positif
2.Sentiasa ceria
3. Menumpukan perhatian pada perkara yang positif dalam kehidupan
4. Emosi negative akan hilang satu persatu

Sifat - sifat ini serta banyak lagi sifat positif yang terhasil dalam pendengar CD Emosi dam Minda Positif akan menghasilkan kejayaan dalam semua bidang seperti kewangan, kesihatan dan hubungan. (insya Allah)
Jika anda hendak membeli CD Minda Bawah Sedar tekan(klik) pada link klik di sini pada sebelah kanan blog ini. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Puan Areena 012 3973206.

Sekian Terimakasih
Dr. Mohamed Farook Bin Raj Mohamed