Sunday, September 13, 2009

CD Minda Bawah Sedar KANSER

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



PERHATIAN PENTING



CD Minda Bawah Sedar untuk pesakit kanser BUKANLAH PENGGANTI UNTUK RAWATAN DOKTOR. RAWATAN YANG DITERIMA DARI DOKTOR SAMADA KERAJAAN ATAU SWASTA MESTILAH DITERUSKAN SEMASA MENGGUNAKAN CD Minda Bawah Sedar Kanser.



Cara penggunaan : sama seperti yang diterangkan sebelum ini untuk CD Minda Bawah Sedar yang lain.



Banyak kajian- kajian di Barat yang dilakukan di universiti terkemuka menunjukkan keadaan minda seorang pesakit kronik seperti sakit kanser banyak mempengaruhi proses pemulihan penyakit. Minda juga mempengaruhi kualiti hidup pesakit kronik ini selepas dan semasa mendapat rawatan. CD Minda Bawah Sedar untuk pesakit kanser mengubah minda mereka supaya mereka menjadi ceria, berfikiran positif mahu sembuh dan berbagai-bagai sifat positif lain. Sifat-sifat ini akan membantu mereka pulih dengan lebih cepat. Sifat- sifat ini juga akan membaiki kualiti hidup mereka.

Seperti yang saya sebutkan diatas, rawatan dengan doktor mestilah diteruskan. Rawatan susulan mestilah dibuat walaupun pesakit nampak semakin pulih selepas penggunaan CD Minda Bawah Sedar untuk Kanser.

CD Minda Bawah Sedar ini sesuai digunakan oleh semua pesakit kanser tanpa mengira jenis kanser. CD Minda Bawah Sedar kanser juga boleh digunakan oleh pesakit yang sedang menerima atau sudah menerima radioterapi, kemoterapi atau pembedahan.

Pesakit kanak - kanak kurang sesuai menggunakan CD Minda Bawah Sedar kanser kerana gelombang yang dihasilkan akan menyebabkan rasa kurang selesa dalam telinga mereka. Mereka yang berumur 16 tahun keatas sesuai menggunakan CD Minda Bawah Sedar Kanser.

Sekian

Dr Mohamed Farook Raj Mohamed

http://drfarook.blogspot.com



Cara CD Minda Bawah Sedar Bertindak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang saya ingin menerangkan cara CD Minda Bawah Sedar bertindak menukar tabiat dan kepercayaan. Terdapat dua bahagian minda yang akan menentang sebarang perubahan dalam tabiat dan kepercayaan. Pertama , Penapis RAS akan menapis sebarang perkara yang bertentangan kepercayaan kita daripada sampai kepada MBS. Kedua , Minda Bawah Sedar (MBS) merupakan sesuatu bahagian minda yang degil dan sukar berubah. Kedua - dua bahagian minda inilah yang akan menyukarkan sebarang perubahan tabiat dan kepercayaan.

Seperti yang kita sedia maklum, Penapis RAS akan menapis semua input dari 5 deria kita. Komponen kedua, iaitu pernyataan - pernyataan dalam CD Bawah Sedar direkodkan menggunakan teknoloji yang canggih supaya tidak dapat didengar oleh telinga dan seterusnya tidak dapat ditapis oleh RAS. Pernyataan - pernyataan ini, walaupun perlahan boleh didengar oleh MBS yang hebat. Pernyataan - pernyataan ini tidak dapat ditapis oleh Penapis RAS dan sampai terus kepada MBS.

Minda Bawah Sedar juga sangat degil dan sukar untuk berubah dalam keadaan biasa.
Komponen ketiga iaitu gelombang yang dihasilkan oleh CD Minda Bawah Sedar pula menyebabkan minda bawah sedar berada dalam keadaan yang senang menerima saranan. Jadi pernyataan- pernyataan dalam CD Minda Bawah Sedar akan sampai tanpa ditapis oleh Penapis RAS kepada Minda Bawah Sedar yang dalam keadaan yang senang menerima saranan. (melalui pernyataan yang didengar). Inilah yang menghasilkan perubahan yang cepat dan kekal dalam Minda Bawah Sedar kita. Pernyataan - pernyataan dalam CD Minda Bawah Sedar dipilih supaya dapat menghasilkan perubahan yang diingini dengan cepat dan kekal.

Jika anda tidak faham cara CD Minda Bawah Bertindak, tidak mengapa. Anda hanya perlu mainkan CD Minda Bawah Sedar dan mendapat perubahan yang dikehendaki.

Sekian. Terimakasih
Mohamed Farook Raj Mohamed

Monday, September 7, 2009

Menukar Tabiat dan Kepercayaan-

Assalamualaikum dan salam sejahtera





Saya ingin menerangkan dengan lebih lanjut bagaimana kita boleh menukar tabiat dan kepercayaan kita. Tabiat dan kepercayaan kita disimpan dalam MBS. Niat untuk berubah pula lahir dari Minda Sedar. Contohnya seorang remaja mungkin mula merokok kerana dia dipengaruhi rakan sebayanya. Dia mula percaya bahawa merokok itu menyeronokkan, tanda kelakian dan sebagainya. Bila dia semakin dewasa , dia akan mengetahui tentang keburukan merokok dan berbagai penyakit yang timbul akibat merokok.Maka dia mungkin mengambil keputusan untuk berhenti merokok. Keputusan untuk berhenti merokok ini dibuat oleh MS. MBS pula masih percaya merokok itu bagus. Jadi sangat sukar untuk MS mengatasi MBS.Kita sedia maklum bahawa MBS adalah 7 kali lebih kuat dari MS. MBS juga degil dan sukar berubah. Inilah sebabnya MS sukar mengubah MBS hanya dengan kemahuan hati dan azam. (willpower). Penapis RAS pula bertindak sebagai penapis dan menapis semua maklumat yang bertentangan dengan kepercayaan kita dari sampai kepada MBS. Ini menyukarkan lagi MBS untuk berubah. Jadi tidak hairanlah sangat sukar untuk kita mengubah tabiat dan kepercayaan kita hanya dengan kemahuanhati dan keazaman(willpower). Jadi mungkin kita tidak berusaha untuk mengubahnya.Jika berusaha pun seringkali gagal. Inilah yang menyebabkan seorang itu sukar untuk berhenti merokok. Kajian menunjukkan 97 peratus dari mereka yang berhenti merokok akan merokok kembali.Seringkali , kita tidak sedar tentang kepercayaan kita yang salah dan tabiat kita yang memudaratkan kita.


Cara yang lebih senang dan berkekalan adalah dengan menukar kepercayaan dalam MBS kita. Apabila seorang perokok mula percaya dalam bahawa MBS bahawa dia tidak lagi suka merokok, maka dia secara otomatik akan mula tidak menyukai rokok. Inilah yang dilakukan oleh CD Minda Bawah Sedar untuk berhenti rokok. Ia akan mula membuat perokok percaya bahawa dia tidak suka merokok. Maka dia akan mula berhenti merokok.Cara CD Minda Bawah Sedar bekerja saya akan terangkan dalam blog akan datang.

Begitu juga seorang yang mempunyai berat badan berlebihan . Dia mungkin gemuk suka makan makanan berminyak, tidak suka bersenam, tidak suka makan sayur atau buah - buahan. Ini terjadi MBS percaya bahawa makanan berminyak adalah sedap sementara sayur- sayuran dan buah- buahan adalah tidak sedap. MBS tidak suka senaman. Orang ini mungkin membuat keputusan untuk mula mengamalkan diet. Yang membuat keputusan untuk diet adalah MS. Tetapi MBS masih suka makanan berminyak dan tidak suka sayur-sayuran dan buah- buahan . Maka oleh kerana MBS adalah 7 kali lebih kuat dari MS maka seringkali MS akan kalah dan orang ini tidak akan dapat menjaga dietnya. Mungkin MS membuat keputusan untuk bersenam , sedangkan MBS pula tidak suka bersenam. Maka dia akan berhenti bersenam. Dia memerlukan keazaman yang sangat kuat untuk meneruskan diet atau senamannya. Ini adalah kerana keazaman ini adalah usaha MS untuk mengatasi MBS yang 7 kali lebih kuat, degil dan sukar berubah. Jika MS kalah kepada MBS ,maka orang ini akan berhenti diet dan bersenam.

Adalah lebih senang untuk menukar kepercayaan MBS bahawa ia tidak suka bersenam, makan sayur- sayuran dan buah- buahan. Apabila kepercayan MBS ditukar supaya ia percaya bahawa ia suka makan sayur- sayuran , buah- buahan dan tidak suka makanan berminyak, maka orang itu secara otomatiknya akan suka bersenam , suka makan sayur- sayuran dan buahan dan tidak gemar makanan berminyak. Dia juga akan suka bersenam bila kepercayaannya ditukar bahawa dia suka bersenam .CD Minda Bawah Sedar akan melakukan fungsi menukar kepercayaannya supaya dia menjadi lebih kurus.

Katakan ada seorang yang mempunyai keazaman yang kuat dan boleh mengawal makanan , tidak makan makanan berminyak dan sering bersenam. Ada kemungkinan dia masih tidak akan menjadi kurus. Ini berpunca dari kepercayaannya bahawa dia sukar untuk menjadi kurus .Jika dia makan ubat menguruskan badan pun, dia hanya akan kurus sementara.Dia akan gemuk balik bila dia berhenti makan ubat. CD Minda Bawah Sedar untuk kurus akan menukar kepercayaannya supaya dia percaya dia boleh kurus. Maka senaman dan pejagaan makanannya akan berhasil menjadikannya kurus. Ini adalah contoh beberapa pernyataan yang terdapat dalam CD Minda Bawah Sedar untuk kurus.Terdapat banyak lagi pernyataan dalam CD Minda Bawah Sedar untuk kurus. Pernyataan- pernyataan ini akan menukar kepercayan dan tabiat dan seterusnya menghasilkan kesan yang dikehendaki dengan cepat dan berkekalan tanpa sebarang kesan sampingan.

Seorang pelajar yang percaya bahawa belajar itu membosankan , matematik susah, sains susah dan sebagainya akan menghadapi kesukaran belajar. Minda Sedarnya mungkin akan menyedari kepentingan belajar tetapi MBS nya tidak suka belajar. Maka dia akan malas dan susah untuk belajar. CD Minda Bawah Sedar akan menukar kepercayaannya bahawa dia suka belajar, mudah mengingat, matematik mudah dan sebagainya. Ini akan membawa kejayaan dalam pelajaran.

Setiap CD Minda Bawah Sedar mempunyai banyak pernyataan yang sesuai untuk menukar kepercayaan seseorang dan menghasilkan kesan yang diingini dengan cepat dan berkekalan tanpa kesan sampingan. Pernyataan ini dipilih dengan cermat oleh orang yang mempunyai latihan dan pengalaman dibidang sains minda.

Di blog akan datang saya akan terangkan bagaimana CD Minda Bawah Sedar boleh mengubah kepercayaan.

Sekian . Terimakasih

Dr. Mohamed Farook bin Raj Mohamed

Sunday, September 6, 2009

Tabiat dan Kepercayaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Satu lagi perkara yang perlu kita ketahui sebelum melihat bagaimana CD Minda Bawah Sedar ini bekerja adalah bagaimana tabiat dan kepercayaan ini terbentuk dalam minda kita. Tabiat dan kepercayaan ini disimpan dalam Minda Bawah Sedar kita. Ini serupalah seperti komputer yang menyimpan semua maklumat dalam 'hard disk'. Saya katakan dalam blog terdahulu semua input dari 5 deria kita akan diproses oleh MS dan disimpan dalam MBS. Maklumat inilah yang membentuk kepercayaan dan tabiat kita.



Pada usia 2 hingga 7 tahun, Penapis RAS kita belum berkembang. Jadi kanak- kanak pada usia ini akan menerima bulat- bulat apa yang mereka belajar. Ibubapa hendaklah berjaga-jaga tentang kelakuan dan percakapan mereka. Jika ayah atau abangnya suka merokok didepan kanak-kanak tersebut, maka merka akan menganggap merokok itu bagus, kerana ibubapa atau abang mereka merokok. Bila menjadi dewasa , maka kanak- kanak ini cenderung untuk merokok. Ini adalah kerana dalam MBS mereka sudah percaya bahawa merokok itu bagus.
Jika ibubapa sering bercerita tentang masalah kewangan didepan anak mereka pada usia ini, maka mereka akan dapat kepercayaan bahawa mencari duit adalah susah. Jika mereka banyak terdedah kepada iklan- iklan tentang makanan segera, mereka akan percaya bahawa makanan segera adalah bagus untuk mereka. Ini menyebabkan ramai kanak- kanak yang gemuk sekarang. Kanak-kanak yang gemuk ini akhirnya akan membesar menjadi orang dewasa yang gemuk kerana mereka percaya makanan segera adalah sedap dan selalu memakannya. Maka timbulah masalah kegemukan. Jadi pada usia 2 hingga 7 tahun , kanak - kanak banyak dipengaruhi oleh ibubapa, orang yang lebih tua seperti abang, kakak ,guru dan juga dipengaruhi oleh iklan seperti iklan di televisyen.

Pada usia 7 tahun sehingga menjadi remaja, pengaruh kawan- kawan sebaya menjadi semakin kuat. Jika ada kawannya yang mengatakan merokok atau menghisap dadah adalah bagus, maka remaja akan terus percaya dan mengikut nasihat kawannya tadi. Sebab itulah kebanyakan perokok dan penagih dadah akan mula merokok atau menagih dadah pada usia remaja. Pengaruh kawan menyebabkan terbentuklah kepercayaan yang salah contohnya merokok menunjukkan sifat kelakian (macho), merokok seronok dan sebagainya. Apabila kepercayaan ini sudah diterima oleh MBS maka amat sukar untuk menukar kepercayaan seperti merokok itu menyeronokkan dan sebagainya. Sebab itu amat susah untuk kebanyakan perokok untuk berhenti merokok. Kajian menunjukkan 97 peratus dari mereka yang berhenti merokok akan merokok kembali.

Remaja juga mungkin dipengaruhi kawan kawan dan mempercayai bahawa belajar itu membosankan, matapelajaran matematik susah, ponteng sekolah adalah bagus dan sebagainya. Walaupun kepercayaan ini adalah salah, amat sukar untuk mengubah kepercayaan ini kerana MBS adalah degil dan susah berubah. Sebab itulah program -program motivasi samada untuk kanak- kanak atau dewasa jarang sekali mempunyai kesan - kesan yang berpanjangan.

Dr. Mohamed Farook bin Raj Mohamed

Penerangan Tentang Minda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum saya meneruskan penerangan tentang cara CD Minda Bawah Sedar bertindak, saya rasa kita perlu memahami lebih mendalam tentang Minda kita.

Minda kita boleh dibahagikan secara ringkasnya kepada tiga bahagian
a) Minda Sedar ( secara ringkasnya saya sebut sebagai MS selepas ini)
b) Minda Bawah Sedar ( secara ringkasnya saya sebut sebagai MBS selepas ini)
c) Penapis RAS (Reticular Activating System)

MINDA SEDAR (MS)
Fungsi Minda Sedar
1. Menjaga semua aktiviti sedar seperti makan dan memandu.

2. Menerima maklumat (input) dari lima deria iaitu mata, telinga, hidung, lidah dan kulit. Maklumat ini diproses dan dihantar kepada MBS.

3. Memproses maklumat yang diterima dari 5 deria dan maklumat yang tersimpan dalam MBS sebelum mengambil sebarang keputusan.

MINDA BAWAH SEDAR (MBS)
Fungsi Minda Bawah Sedar
1. Mengawal aktiviti yang berlaku secara otomatik seperti degupan jantung, pernafasan dan penghazaman.

2. Maklumat yang diterima dari lima deria akan diterima oleh MS , diproses oleh MS dan dihantar ke MBS. MBS menyimpan semua maklumat ini. Maklumat ini akan digunakan oleh MS semasa mengambil sebarang keputusan.

3. Sesuatu aktiviti yang dilakukan secara sedar dikawal oleh MS. Apabila aktiviti tersebut dilakukan berulangkali , ia akan diambil alih oleh MBS dan menjadi automatik.
Contoh
Bila memandu kereta, pada mulanya perlu berfikir apa yang perlu ditekan. Kemudian barulah kaki kiri akan menekan clutch dan tangan kiri akan masuk gear. Ini kerana aktiviti ini dikawal oleh Minda Sedar.
Selepas beberapa lama dan sudah biasa memandu, MBS mengambilalih aktiviti memandu dari kawalan MS. Anda tidak lagi perlu berfikir samada untuk menekan clutch, masuk gear dan sebagainya. Anda boleh memandu, memilih jalan yang betul , berhenti bila melihat lampu isyarat merah , boleh mengelak lubang dijalanraya dan boleh sampai kedestinasi tanpa banyak berfikir. Ini adalah kerana aktiviti memandu sudah diambil alih MBS.

4. MBS mempunyai beberapa ciri-ciri yang penting
a) Degil

b) Sukar Diubah

c) MBS adalah 7 kali lebih kuat dari MS

d) Tidak pernah berehat
MBS tidak pernah berehat sepanjang hidup kita sejak sebelum kita dilahirkan sehingga akhir hayat. Walaupun kita tidur, MBS akan terus bekerja untuk menjaga semua aktiviti automatik kita seperti degupan jantung, pernafasan dan penghazaman.

PENAPIS RAS
Penapis ini merupakan satu bahagian yang memisahkan MS dan MBS. Semua input yang diterima melalui 5 deria akan diterima oleh MS dan ditapis oleh Penapis RAS sebelum disalurkan kepada MBS . Jika input yang diterima oleh deria tadi bertentangan dengan maklumat yang disimpan oleh MBS (iaitu kepercayaan kita) , maka input tadi akan dihalang dari sampai kepada MBS. Jika input tadi selaras dengan apa yang tersimpan dalam MBS ( iaitu selaras dengan kepercayaan kita, maka input tadi akan sampai kepada MBS. Ini akan saya terangkan dalam blog mengenai tabiat dan kepercayaan. Anda juga boleh merujuk kepada penerangan mengenai Penapis RAS dalam blog saya http://drfarook.blogspot.com/

Friday, September 4, 2009

Cara Menggunakan CD Minda Bawah Sedar

1. Cara menggunakan CD Minda Bawah Sedar ini adalah sangat mudah. Anda hanya perlu mendengar CD ini. Mainkan CD Minda Bawah Sedar ini menggunakan sebarang peralatan elektrik yang boleh memainkan CD, contohnya pemain CD pada radio keset atau komputer. Ada juga pemain VCD dan DVD yang boleh memainkan CD. Periksa dulu manual pemain VCD atau DVD anda sebelum memainkan CD Minda Bawah Sedar anda. Harga radio keset yang boleh memainkan CD sekarang adalah dibawah RM 100 sahaja. Jika anda tiada pemain CD, elok anda beli radio keset yang boleh memainkan CD sahaja. Ia akan mendatangkan menafaat yang banyak apabila digunakan untuk mendengar CD Minda Bawah Sedar ini.

2. Anda tidak perlu memberi perhatian kepada CD ini. Anda boleh memasang CD ini dan membuat kerja lain seperti memasak , mengemas rumah dan menonton televisyen. Ini adalah kerana minda bawah sedar akan terus mendengar pernyataan- pernyataan ini walaupun anda tidak memberi perhatian kepada CD Minda Bawah Sedar tadi. Asalkan telinga anda boleh mendengar bunyi CD tadi sudah mencukupi.

3. Anda juga boleh mendengar CD Minda Bawah Sedar ini semasa tidur. Semasa tidur, Minda Bawah Sedar anda masih berjaga. (sedar). Jadi CD Minda Bawah Sedar akan masih didengar oleh Minda Bawah Sedar anda. Jadi ia akan menghasilkan kesan yang serupa seperti jika didengar semasa jaga. Jika pemain CD anda mempunyai fungsi 'Repeat'", pilihlah fungsi ' Repeat' ini. Ini akan membolehkan CD Minda Bawah Sedar bermain berulangkali sehingga anda bangun dari tidur. Kesannya pun dapat dilihat dengan lebih cepat.


PERHATIAN

1. Komponen ketiga CD Minda Bawah Sedar iaitu gelombang yang dihasilkan boleh menyebabkan rasa mengantuk. Jadi jangan mendengar CD Minda Bawah Sedar semasa memandu.

2. JANGAN BUAT SALINAN CD MINDA BAWAH SEDAR yang anda beli. Ini adalah kerana apabila membuat salinan hanya komponen pertama ( iaitu bunyi yang boleh didengar oleh telinga seperti muzik atau deruan ombak) sahaja boleh dibuat salinan. Komponen kedua (pernyataan) dan ketiga (gelombang khas) yang tidak boleh didengar oleh telinga mungkin mengalami perubahan. Jika anda mendengar juga salinan CD Minda Bawah Sedar, ini mungkin memudaratkan minda anda. CD Minda Bawah Sedar tulin yang anda beli dari kami adalah salinan sebuah program rakaman yang ditempah khas dari Amerika Syarikat. Pernyataan yang anda dengar adalah dalam Bahasa Malaysia yang dirakamkan di Malaysia dan dihantar ke Amerika Syarikat. Kemudian program rakaman ini dibuat dengan menggunakan alat rakaman yang canggih. Ini adalah supaya anda boleh memahaminya dengan senang.

3. Setengah orang mungkin mengalami rasa sedikit kurang selesa atau sakit kepala bila mendengar CD Minda Bawah Sedar. Ini adalah kerana ada pernyataan yang anda dengar dari CD Minda Bawah Sedar sedang mengubah kepercayaan anda. Contohnya katakan anda percaya bahawa menjadi kurus adalah sukar bagi anda. Maka anda memang akan mengalami masalah untuk menjadi kurus selagi anda tidak menukar kepercayaan yang menjadi kurus adalah sukar bagi anda. Jika anda memakan ubat kurus, badan anda susah untuk menjadi kurus. Badan anda akan menjadi gemuk sebaik sahaja anda berhenti makan ubat kurus tadi. Walaupun anda kurangkan makanan anda, anda masih gemuk . Ini sesuai dengan kepercayaan anda bahawa menjadi kurus adalah sukar bagi anda.

Dalam CD Minda Bawah Sedar untuk kurus, ada pernyataan ' menjadi kurus adalah senang untuk saya'. Apabila minda bawah sedar anda mendengar pernyataan ini, ia akan cuba melawan kerana ia bertentangan dengan kepercayaannya bahawa menjadi kurus adalah sukar bagi anda. Inilah yang menyebabkan sakit kepala tadi.(kerana minda bawah sedar melawan). Jangan risau. Teruskan mendengar CD Minda Bawah Sedar kerana sakit kepala anda akan hilang dalam masa beberapa hari apabila minda bawah sedar anda mengalah dan menerima kepercayaan bahawa menjadi kurus adalah senang bagi anda. Barulah akan nampak perubahan ketara dalam berat badan anda. Ini adalah serupa bagi semua CD Minda Bawah Sedar. Jika ada pernyataan yang bertentangan dengan kepercayaan anda yang salah, maka anda akan sakit kepala. Teruskan sahaja mendengar CD Minda Bawah Sedar. Bila sakit kepala hilang, anda akan dapat melihat perubahan yang ketara seperti yang anda inginkan.Sakit kepala ini bersifat sementara. Anda boleh memakan Panadol bila sakit kepala jika perlu. (jangan makan Panadol melebihi hadnya). Jika anda tidak mengalami sakit kepala, jangan risau , CD Minda Bawah Sedar anda masih berkesan.

4. Orang yang mendengar CD Minda Bawah Sedar mestilah mempunyai niat untuk berubah. Jika tidak , CD Minda Bawah Sedar tidak akan mempunyai kesan yang banyak. Contohnya seorang yang berniat untuk menjadi kurus, bila dia mendengar CD Minda Bawah Sedar untuk menjadi kurus, dia akan menjadi kurus. Sebaliknya , seorang yang tidak mahu menjadi kurus, jika dia mendengar CD Minda Bawah Sedar untuk menjadi kurus, maka dia tidak akan mengalami perubahan yang begitu ketara.

Begitu juga bila seorang yang ingin berhenti rokok, bila mendengar CD Minda Bawah Sedar untuk berhenti rokok, maka dia akan berhenti rokok. Sebaliknya jika ada seorang yang tidak mahu berhenti rokok mendengar CD Minda Bawah Sedar untuk Berhenti Rokok, dia tidak akan berhenti rokok. Dia hanya akan mengurangkan merokok sahaja. Dia akan kehilangan ketagihan untuk merokok tetapi akan terus merokok. Pendengar mestilah mempunyai kemahuan untuk berubah dahulu. (contohnya keinginan untuk berhenti merokok)

5.Peringkat Umur

CD Minda Bawah Sedar KURUS 16 tahun keatas
CD Minda Bawah Sedar KANSER 16 tahun keatas
CD Minda Bawah Sedar JURUJUAL HEBAT (USAHAWAN) 16 tahun keatas
CD Minda Bawah Sedar HENTI ROKOK 16 tahun keatas

5. Kesimpulan.
a) Cara penggunaan : Dengar sahaja CD Minda Bawah Sedar anda. Anda tidak perlu memberi perhatian. Anda boleh mendengar semasa membuat kerja atau tidur.

b) Jika mengalami sakit kepala, teruskan mendengar CD Minda Bawah Sedar.

c) Jangan dengar CD Minda Bawah Sedar semasa memandu

d) Asalkan ada niat untuk berubah , maka anda akan dapat melihat perubahan ketara dengan cepat dan berkekalan tanpa kesan sampingan seperti yang anda inginkan.

Sekian. Terimakasih